Dalam kehidupan seharian, samada sedar mahupun tidak, kita
melakukan jutaan pergerakan tubuh, riak wajar, lenggok badan, susunan langkah
berjalan dan sebagainya...
Hasil pemerhatian selama hampir 11 tahun ini daripada pengalaman mengajar
tuisyen, guru ganti dan yang terkini sebagai pensyarah politeknik dan kolej komuniti.. kita
dihidangkan dengan ribuan individu untuk dijadikan subjek pemerhatian..
Mungkin, kita juga kerap melakukan bahasa badan sebegini secara tidak sedar..
dan mungkin juga sudah menjadi habit (positif/negatif)
Dalam ruangan Bahasa Tubuh ini.. saya cuba bahagikan kepada beberapa edisi bagi
memudahkan proses kemaskini..
--------------------
BAHASA TUBUH - Edisi 1
--> JENIS KETAWA / GELAK <--
Ketawa Kaw-Kaw
ada ketika mata boleh berair) - terlalu menggelikan hati..
selalu kita dapat lihat di kedai-kedai kopi..
individu sebegini lazimnya gelak tak ingat dunia.. yang paling teruk, mungkin boleh terjatuh daripada kerusi.. atau tertelan lalat yang sesat coz mulut ngannga luas sangat..
Ketawa Berlakon
ketawa untuk jaga hati kawan / lawak bodoh
gelak untuk menghina pada sesuatu perbuatan kurang cerdik..
Ketawa Cover Perasaan
gelak sebagai mask (topeng) untuk menyembunyikan perasaan atau emosi sebenar.
Cth : sedih, kecewa, frust.. "I'm OK.. Aku Happy Go Lucky .."
betulke hepi ?
hasil menjadi kaunselor tak bertauliah selama ni, saya dapati ramai individu yang mengaku atau lebih tepat sengaja menghighlightkan dirinya sebagai Happy Go Lucky lazimnya seorang yang kerapkali menangis sorang-sorang, pemendam perasaan, sukar untuk menzahirkan marah yang terbuku.. menyimpan kisah silam yang melukakan (nighmare).. dll..
Gelak Sinis
gelak sebegini lazimnya terzahir daripada perasaan bongkak dan bersifat menghina atau memperleceh/ merendah-rendahkan seseorang.. eleh...
Cth : gelak Sarip Dol (sambil memintalkan misainya) dalam cerita ibu mertuaku..
Cth : gelak ... heh.. heh.. (bukan hehe..hehe..!!)
Gelak Tanpa Buka Mulut + Geleng Kepala
gelak bagi kategori terlalu lucu, cuma individu sebegini masih cuba mengekalkan kemachoan nya.. pipi akan sedikit mengembang..
sometimes.. gelak sebegini tercetus apabila tiba-tiba kita terkenangkan perkara lucu / menggelikan hati.. (kenangan manis.. kisah terkantoi.. whatever la, yang penting lucu..)
Gelak Manja Mengkikik..
gelak + senyuman + bunyi (hi..hi.. / kik.. kik..)+ menutup mulut menggunakan tapak tangan...
gelak sebegini lazimnya diamalkan oleh anak dara yang cuba mengekalkan keayuan dan kesopanannya
Gelak Takabbur
juga boleh dikenali sebagai gelak King Kong..
gelak sambil menepuk-nepuk dada... (Wuahaaha...) Akulah raja.. Akulah ketua samseng..
No comments:
Post a Comment